ainsufi97.blogspot.com

Friday, May 15, 2009

kekeliruan cinta(episod 5)

"Kebetulan,pemandu aku dah tunggu kita di atas.Mari kita ke sana,"Marina senyum hingga ke telinga.Akhirnya dia dapat pulang ke rumah tanpa menaiki bas.Malahan dia akan menaiki kereta Toyota Camry milik bapa Aina.Tetapi Marina sangsi.
"Aina,sejak bila kau mempunyai pemandu?"Marina tertanya-tanya.Setahu dia Aina tidak mempunyai pemandu.
Aina tersenyum sinis.Dia memegang tangan Marina dan mengheretnya sekuat mungkin.Tidak sabar rasanya ingin menunjukkan pemandunya itu.Tiba sahaja di pondok perhentian bas,kedua-dua kawan baik itu ternampak sebuah kereta Toyota Camry.Aina membuka pintu kereta tersebut laulu memberi kebenaran kepada Marina untuk masuk ke dalam keretanya.Dia pula menyusul masuk ke dalam kereta itu.
"Marina,inilah pemandu aku yang tidak berbayar,"Aina terus ketawa terbahak-bahak apabila berkata sebegitu.Pemandu Aina menoleh ke belakang lalu menarik telinga Aina.
"Apa kau kata?Pemandu tidak berbayar ya?Aku datang jauh dari Korea,kau kata aku pemandu tidak berbayar,"hati Marina tiba-tiba mencair seperti merjerin yang dijemur tengah panas sebaik sahaja memandang pemandu Aina yang kacak lagi muda.
"Aduh,sakitlah!Abang Long ini tidak boleh dibawa berguraulah.Merah cuping telinga orang,"pemandu Aina itu rupa-rupanya abang Aina sendiri.
"Marina ini Abang Long aku.Dia baru balik dari Korea.Abang aku yang 'terlebih baik' ini sedang membuat PhD di Korea,"Aina memandang abangnya sambil memegang cuping telinganya.Mujurlah ada tudung yang menjadi pelindungnya setiap masa.

No comments:

Post a Comment