ainsufi97.blogspot.com

Friday, May 8, 2009

kekeliruan cinta(episod 2)

"Jiji,gang lain di mana?Kalau kacau aku mesti ramai-ramai.Selepas itu ketawa macam syaitan,"Jiji tersenyum sinis mendengar soalan Marina.Bila ada kesempatan,mulalah Jiji mahu kacau Marina.
"Mereka semua sedang berborak-borak kosong di dalam bilik tayangan bersama gang Amir,"kali ini senyuman Jiji makin meleret hingga ke telinga.Pipi Marina pula sudah menjadi merah semacam.
"Mana mereka dapat kunci bilik tayangan?"pertanyaan Marina begitu mirip dengan nada pegawai polis sedang menyoal siasat penjenayah.
"Cikgu Aidit pergi ke Melaka untuk satu kursus,jadi dia berikan kunci bilik tayangan kepada Amir.Amir pula menyalahgunakan kuasanya.Mereka semua sedang menonton filem Ayat-ayat cinta.Semuanya sedang seronok menonton,"sebaik sahaja menjawab soalan Marina,Jiji terus berlari menuju ke bilik tayangan.
Marina mengambil beg sandangnya dan terus berlari ke pondok perhentian bas.Marah dihatinya begitu meluap-luap.Manakan dia tidak marah,Amir adalah satu-satunya pujaan hatinya dari darjah tiga hinggalah ke saat ini.
Sebaik sahaja sampai di perhentian bas,Marina membaca novelnya.Tiba-tiba dia tersentak buat seketika apabila novel tersebut menyentuh tentang mesyuarat.Barulah dia teringat bahawa bapanya tidak mengambilnya pulang ke rumah kerana terpaksa menghadirkan diri ke suatu mesyuarat di Bandar Baru Bangi.Dia disuruh menaiki bas Rapid KL.Malangnya,dia telah terlepas bas tersebut.

No comments:

Post a Comment