ainsufi97.blogspot.com

Saturday, June 6, 2009

Kekeliruan Cinta(episod 6)

"Okay,girls,kita dah sampai!"Gelagat abang Aina yang kelihatan seperti perempuan itu sangat dibenci oleh Aina.
"Abang Long tahu tak yang Abang Long tu dah nak berumah tangga.Ubahlah perangai tu,macam sotonglah.Kalau Kak Yoo Rin tahu,padan muka,"Aina sudah membebel tidak ubah seperti ibunya sendiri.Dia tahu abangnya bukanlah jenis orang yang pondan,tetapi dia risau akan sikap abangnya yang selalu tidak sirius.
"Bukan Kak Yoo Rin,Kak Batrisya.Nama penuh dia ialah Yoo Rin Batrisya binti Yoo Gongchaen,"abang Aina tersenyum-senyum seperti kerang busuk apabila mengenangkan bakal isterinya yang berasal dari Korea Selatan itu.
"Bila dia masuk Islam?"Aina berasa sungguh sangsi,kerana setahu dia bakal kakak iparnya itu masih berpegang dengan agama Kristian.
Walaupun bakal kakak iparnya beragama Kristian,dia begitu berminat dengan agama Islam.Tidak hairanlah jika Kak Yoo Rin mampu menghafaz doa-doa ringkas seperti doa bangun tidur,doa keluar rumah,doa masuk dan keluar tandas.Aina begitu bangga dengan bakal kakak iparnya.
"Baru pagi tadi dia masuk Islam.Dia kata dia nak baca Al-Quran secepat mungkin.Lepas dia masuk Islam,dia terus pergi beli Al-Quran.Senyum sampai ke telinga dia bila lalu masjid pagi tu,"dalam sedang sibuk berbual,mereka langsung tidak sedar akan kewujudan Marina di situ.
"Aku minta diri dulu ya Aina,"akhirnya Marina berjaya menarik perhatian dua beradik itu.Sudah jenuh dia menunggu mereka berhenti berborak.
"Eh,Marina.Sorry lah tak sedar kau ada di sini tadi.Kau nak balik dah kan?Kirim salam pada keluarga kau ya?"
"Terima kasih....
"Nama abang Badrul.Panggil Abang Badrul.Kalau tak biasa panggil je Bro Bad,"kekok pula rasanya apabila berhadapan dengan abang Aina.Terasa seperti ada aura yang dimiliki oleh lelaki itu.
"Terima kasih abang Aina,"perkataan itu juga yang terkeluar dari mulut Marina.Marina terus berlari ke rumahnya dengan rasa malu membuak-buak di dadanya.
"Abang Aina dia panggil aku?Dah tak ada panggilan lain ke untuk lelaki yang kacak ni?"abang Aina memuji dirinya sendiri sambil dijeling oleh Aina.
"Mak!!!Sakitlah,lain kali nak cubit bagilah isyarat,"Aina ketawa terkekek-kekek sedangkan abangnya sedang sibuk mengusap tangannya yang merah itu.
"Lain kali,jangan nak berlagak,sedarlah diri tu sikit!Apa kelas Marina nak panggil Abang Long Bro Bad,dia bukannya remaja yang berumur 25 tahun macam Abang Long,"Aina menyindir abangnya dengan sindiran yang begitu pedas.Sindiran ialah 'senjata' Aina yang paling kuat.Dia tidak akan kalah kalau dalam bab sindir-menyindir.Mulutnya memang jenis mulut yang laser.
************************************************************************************
Marina terus masuk ke biliknya lalu menghempaskan badannya ke atas katilnya yang empuk itu.
"Kenapalah aku kekok sangat depan mamat tu,dia bukannya orang lain abang kawan aku juga,jiran aku juga"Marina berbisik sendiri di dalam hatinya.Marah dan malu bercampur baur di dalam hatinya.
Dia terus mencapai komputer ribanya lalu melayari internet.www.habbo.com menjadi pilihannya untuk menenangkan fikiran.Laman web untuk berhubung dengan orang di serata dunia.Oleh kerana laman web ini ialah laman web antarabangsa,terpaksalah Marina bertegur sapa di dalam bahasa inggeris.
Tiba-tiba seorang lelaki menegurnya:
Mr.Recipe:Hi
bersambung...



Seorang lelaki menegurnya.

Kekeliruan Cinta(episod 6)

Monday, June 1, 2009

mimpi

aq dulu duduk kat Johor.So,kekadang rindu la gak kat kawan2.Lagi pon boygriend pon tggl kat sana.I mean ex-boyfriend.Hari 2,aq mimpi pasal my ex.ya allah,teruk btol mimpi tu.Aq mimpi die sklh kt sklh yg aq sklh skrg ni.Rasa happy gilerrr,tapi perangai die dh berubah.Die jadi gatal and miang.X beradab plak tu.Takut aq.Lps 2 org sumer kate yg die tu x handsome.So,dlm mimpi tu aq made keputusan,aq nk brek up.Aq gi cakap ngan die aq nk break up.Then,Die cumer kate ok lps 2 trus bla.Sebagai perempuan,aq pon ade hati ok.Tapi,kenapa Tuhan bg aq mimpi tu ah???Any idea???