ainsufi97.blogspot.com

Sunday, January 3, 2010

PENGUMUMAN!!!!

cerita kekeliruan cinta akan ditukarkan tajuknya...
Tajuknya ialah....
drumbeat please
DUMMDUMMDUMMM!!!
Cinta Dunia Maya!!!
Bukan Maya heroinnya.
Tp,dunia maya tu kan dunia internet.
Dukacitanya,cerita ini akan dihentikan.
Ini kerana Ain akan ubah jalan cerita ini...
Kemungkinan watak2 pon akan ditukar.
Harap maaf!!!

Tuesday, October 13, 2009

Kekeliruan cinta(x tau la dh episod brp)lol

Marina dan Jiji berjalan bersama-sama di tangga blok Maju arah Selatan bersama-sama.Rancak sungguh mereka berbual.Biasalah,bila Marina dan Jiji bersama memang sukar untuk menghentikan mereka bercakap,tidak kiralah hal yang dibincangkan penting atau tidak.Hakikatnya merka memang tidak boleh berhenti bercakap sehinggalah bau minyak wangi Amir menusuk ke hidung Marina.
"Hmmm,apalah agaknya rasa bila dah ada teman lelakikan Marina?"Jiji sungguh pelik kerana pertanyaannya langsung tidak dijawab.Jiji menolehkan kepalanya ke kiri dan kanan,ke depan dan ke belakang,ke Utara,ke Selatan ,ke Timur dan ke Barat,langsung tiada kelibat Amir."Marina,oh Marina,kau dengar tak aku tengah tanya kau ni.Kau fikir fasal apa?Aku tak nampak pun Amir,kenapa kau diam?Marina!"
"Apa?Apa kau cakap tadi?Aku tak dengar,"Marina terjaga dari lamunannya kerana terkejut.
"Tak dengar ke tak fokus.Termenung jauh aje aku tengok kau.Kau fikir fasal apa?Cuba bagitahu aku,"Jiji sudah cuba mengorek rahsia.Bukan kerana apa-apa pun,dia cuma risau akan Marina yang sejak pagi tadi mengelamun.Jiji cukup risau melihat kawan-kawannya dalam kesusahan.Sebenarnya Jiji seorang yang sangat mengambil berat tentang rakan-rakannya.Masalah kecil pun,dia nak selesaikan juga.Jiji ini,macam orang tak pernah ada masalah,sebab dia pandai mengawal emosi dan fikirannya,Jiji sentiasa bersikap positif.
Tetapi,Jiji bukan sorang yang begitu ketika suatu masa dahulu.Dia seorang yang tidak rasional dan sentiasa bertindak tanpa berfikir.Dia pernah memberikan sekeping fotonya yang amat memalukan kepada ahli kumpulan FFA.Kemudian,Ahli kumpulan FFA menyebarkan gambarnya hampir kepada seluruh murid-murid Sekolah Kebangsaan Sri Wilma.Terasa malu dan geram.Tetapi setelah mendapat sokongan daripada sahabat-sahabat dan guru kaunseling sekolah,dia kembali bangkit.Bukan setankat bangkit,malah berubah kepada seseorang yang sangat positif dan sentiasa berhati-hati.Cukuplah sekali dia dimalukan.Sejak Jiji berubah,tiada seorang pun murid Sekolah Kebangsaan Sri Wilma yang mentertawakan dirinya.Sehingga kini, dia masih dihormati dan disegani.Akhirnya ahli kumpulan FFa juga yang bengang separuh mati.(GELAK LAH....)
"Okey,kalau aku beritahu pada kau apa yang sedang aku fikirkan tadi,kau jangan beritahu sesiapa pun,"sebenarnya Marina tahu Jiji boleh menyimpan rahsia sejak kejadian yang telah berlaku kepada Jiji."Semalam,aku berbual dengan seorang lelaki dari Bangi dalam Habbo.Aku tak tahulah kenapa,tapi aku rasa seperti aku suka akan dia.Dia minta aku jadi teman wanita dia,jadi aku telefon Aina.Dia dah beritahu tip-tip yang berguna kepada aku,jadi aku setujulah nak jadi teman wanita lelaki tu,"Marina menjelaskan dengan seringkas-ringkas yang mampu kepada Jiji.
"Apa?Kau dah hilang akal ke?Amir kau nak sumbat mana?"Jiji begitu terjejut dengan apa yang dia sedang dengar.Dia seakan-akan tidak dapat mempercayai telinganya sendiri.
"Itulah sebabnya aku termenung,cerdik!"mArina mula menunjukkan wajah kerisauannya.
"Tapi,aku rasa kau tak perlu risau sebab kau dah diberi nasihat yang bernas daripada pakar cinta,jadi kau tak perlu terlalu runsing,"Jiji memberi kata-kata semangat kepada Marina.Dia tahu Marina masih mentah,sama seperti dia,sama juga sepeti Aina.
Tetapi,Aina sudah mempunyai banyak pengalaman.Bukan pengalaman daripada dirinya sendiri,tetapi daripada pengalaman kakaknya bercinta.Macam-macam cara yang kakaknya lakukan hanya kerana cinta.Jadi,Aina tahu cara apa yang terbaik.Tetapi,Aina juga pernah bercinta.Bercinta di alam maya,sama seperti Marina.Masalah percintaannya dapat dia selesaikan dengan mudah.Sebenarnya,Aina juga pernah bercinta di alam realiti.Jadi, banyaklah juga pengalaman bagi dirinya.Bagi dirinya,cinta internet adalah mudah dan cinta realiti agak rumit.Walaubagaimanapun,prinsip cintanya hanya satu.Prinsipnya ialah cinta dan cinta sejati terlalu berbeza.Cinta ialah permainan,tetapi cinta sejati ialah jodoh dari Allah dan tidak dapat dipisahkan.Ada bezakan?

Bersambung...komenlah fasal pebezaan cinta dan cinta sejati.x pun,bagitau la apa prinsip cinta korang.kalau x de pon,komen la ape2 ye.

Wednesday, October 7, 2009

kekeliruan cinta

Miss secret:Sekejap eh...
Mr.Recipe:Okay

"Alamak,macam mana ni?Aku rasa aku suka pada dia,tapi Amir macam mana?Tapi,aku bukannya kekasih dia pun.Orang macam Amir mesti dah ada kekasih.Aku aje yang perasan.Hmmm,persoalan macam ni kena tanya pada Doctor Love,Aina"Marina pun terus mengambil telefon bimbitnya dan terus menghubungi Aina."Assalamualaikum,Aina ke tu?"

"Ya,ni Aina.Kenapa ni Marina?Kau cakap macam ada kecemasan aje."
"Memang kecemasan pin,kecemasan cinta.Aku layari Habbo,lepas tu,ada mamat ni minta aku jadi kekasih dia.Macam mana ni?"

"Hah?Kau dah gila ke?Amir kau nak letak mana?Dia tu dahlah tengah single.Terlepas baru kau tahu.Kau tak nak main kayu tigakan?Hmmm,kau cakap aje kau setuju nak jadi kekasih dia.Lagipun Amir.Kau jangan bagitahu sesiapa yang kau jadi kekasih mamat tu.Kau buat satu lagi akaun.Bila mamat tu aktifkan akaun dia,kau aktifkan akaun kau yang baru tu.Kau minta dia jadi kekasih dia.Kalau dia setuju jadi kekasih kau,maknanya dia curang.Kau ada nombor telefon dia tak?"

"Ada,"jawab Aina ringkas.

"Okay,kalau dia curang,kau cepat-cepat bagi mesej kepada dia dan kau cakap kau nak putus cinta sebab dia curang.Kalau dia kata dia tak curang,kau cakap dia tu memang dasar lelaki penipu.Kau cakap orang yang minta dia jadi kekasih kau tu sebenarnya kau.Barulah dia kantoi.Padan dengan muka dia."

"Otak kau memang bergeliga kalau bab-bab cinta ni.Tapi,Amir macam mana?Hish,aku kelirulah."

"Pasal Amir,kau jangan risau.Aku akan minta seseorang tanya pada Amir siapa yang dia suka.Kalau dia tak suka sesiapa,kau ada peluang lagi.Kalau dia suka kau,kau memang dalam kesusahan.Kalau dia suka orang lain,meranalah kau.Tapi aku tak rasa dia duka orang lain.Lagi pun,kalau Amir suka kau,kau jangan risau aku dah ada cadangan."

"Apa dia?"

"Tu kau tak perlu tak tahu."

"Kalau aku yang kantoi,siap kau aku kerjakan.Okaylah,aku nak letak gagang.Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam."

Marina kembali melihat komputer ribanya.Rupa-rupanya Arif telah memberi banyak mesej.

Mr.Recipe:Marina?
Mr.Recipe:Marina?
Mr.Recipe:Marina?Awak ada ke tak?
Mr.Recipe:Marina?
Mr.Recipe:Sacha Marina....
Mr.Recipe:Kalau awak tak suka saya,saya tak kisah.
Mr.Recipe:Marina.....
Mr.Recipe:Marina I'm waiting...
Miss secret:Sorry....Saya setuju.Saya nak pergi dulu.Assalamualaikum

Marina terus membuat akaun baharu.Dia sentiasa percaya kepada Aina.Dia harap dia tidak akan terjerat.Hakikatnya,dia diselubungi kekeliruan,dia tidak tahu mahu memilih yang mana satu.Sedangkan,dia masih lagi mentah dalam bidang percintaan...

Bersambung....

Tuesday, October 6, 2009

kekelituan cinta

Miss secret:Hi.
Mr.Recipe:Are you a Malay?
Miss secret:Yes,I am.Who are you?Do I know you?
Mr.Recipe:My name is Arif Lokman.Actually,you don't know who I am.Can I be your friend?
Miss secret:Yes,of course.
Mr.Recipe:Boleh kita cakap dalam Bahasa Melayu?
Miss secret:Mestilah boleh.
Mr.Recipe:Siapa nama awak?
Miss secret:Nama saya Sascha Marina.
Mr.Recipe:Macam mana nak sebut 'Sacha'?
Miss secret:Hmmm....Saya tak tahulah dah berapa orang yang tanya soalan yang macam tu. Sebutan dia Sasha.
Mr.Recipe:Wow,uniknya nama awak!Errr....Marina,umur awak berapa?
Miss secret:Umur saya 12 tahun.Awak?
Mr.Recipe:Kebetulan!Umur saya pun 12 tahun juga.Awak tinggal di mana?
Miss secret:Saya tinggal di K.Lumpur.Awak?
Mr.Recipe:Saya tinggal di Bandar Baru Bangi.
Miss secret:Oh...
Mr.Recipe:Marina.Oleh keranan kita dah jadi kawan,boleh tak awak bagi no.tel awak pada saya?
Miss secret:Ermmmm...Ok.019-XXXXXXX.
Mr.Recipe:Ni no.tel saya:017-XXXXXXX.Marina,awak perasan sesuatu tak?
Miss secret:Apa?
Mr.Recipe:Kita ni macam ada jodoh aja.Umur kita sama.bila username awak digabungkan dengan username saya,jadi Secret Recipe,kek kegemaran saya.
Miss secret:Saya pun suka Secret Recipe.
Mr.Recipe:Tengok?Kita memang ada jodoh.Marina,,awak nak tak jadi teman wanita saya?
Miss secret:Awak sirius ke?Kita baru aja kenal.
Mr.Recipe:Tapi,saya rasa kita macam dah lama kenal.
Miss secret:Saya mengaku tu.
Mr.Recipe:Awak nak tak?

Bersambung.....

Saturday, June 6, 2009

Kekeliruan Cinta(episod 6)

"Okay,girls,kita dah sampai!"Gelagat abang Aina yang kelihatan seperti perempuan itu sangat dibenci oleh Aina.
"Abang Long tahu tak yang Abang Long tu dah nak berumah tangga.Ubahlah perangai tu,macam sotonglah.Kalau Kak Yoo Rin tahu,padan muka,"Aina sudah membebel tidak ubah seperti ibunya sendiri.Dia tahu abangnya bukanlah jenis orang yang pondan,tetapi dia risau akan sikap abangnya yang selalu tidak sirius.
"Bukan Kak Yoo Rin,Kak Batrisya.Nama penuh dia ialah Yoo Rin Batrisya binti Yoo Gongchaen,"abang Aina tersenyum-senyum seperti kerang busuk apabila mengenangkan bakal isterinya yang berasal dari Korea Selatan itu.
"Bila dia masuk Islam?"Aina berasa sungguh sangsi,kerana setahu dia bakal kakak iparnya itu masih berpegang dengan agama Kristian.
Walaupun bakal kakak iparnya beragama Kristian,dia begitu berminat dengan agama Islam.Tidak hairanlah jika Kak Yoo Rin mampu menghafaz doa-doa ringkas seperti doa bangun tidur,doa keluar rumah,doa masuk dan keluar tandas.Aina begitu bangga dengan bakal kakak iparnya.
"Baru pagi tadi dia masuk Islam.Dia kata dia nak baca Al-Quran secepat mungkin.Lepas dia masuk Islam,dia terus pergi beli Al-Quran.Senyum sampai ke telinga dia bila lalu masjid pagi tu,"dalam sedang sibuk berbual,mereka langsung tidak sedar akan kewujudan Marina di situ.
"Aku minta diri dulu ya Aina,"akhirnya Marina berjaya menarik perhatian dua beradik itu.Sudah jenuh dia menunggu mereka berhenti berborak.
"Eh,Marina.Sorry lah tak sedar kau ada di sini tadi.Kau nak balik dah kan?Kirim salam pada keluarga kau ya?"
"Terima kasih....
"Nama abang Badrul.Panggil Abang Badrul.Kalau tak biasa panggil je Bro Bad,"kekok pula rasanya apabila berhadapan dengan abang Aina.Terasa seperti ada aura yang dimiliki oleh lelaki itu.
"Terima kasih abang Aina,"perkataan itu juga yang terkeluar dari mulut Marina.Marina terus berlari ke rumahnya dengan rasa malu membuak-buak di dadanya.
"Abang Aina dia panggil aku?Dah tak ada panggilan lain ke untuk lelaki yang kacak ni?"abang Aina memuji dirinya sendiri sambil dijeling oleh Aina.
"Mak!!!Sakitlah,lain kali nak cubit bagilah isyarat,"Aina ketawa terkekek-kekek sedangkan abangnya sedang sibuk mengusap tangannya yang merah itu.
"Lain kali,jangan nak berlagak,sedarlah diri tu sikit!Apa kelas Marina nak panggil Abang Long Bro Bad,dia bukannya remaja yang berumur 25 tahun macam Abang Long,"Aina menyindir abangnya dengan sindiran yang begitu pedas.Sindiran ialah 'senjata' Aina yang paling kuat.Dia tidak akan kalah kalau dalam bab sindir-menyindir.Mulutnya memang jenis mulut yang laser.
************************************************************************************
Marina terus masuk ke biliknya lalu menghempaskan badannya ke atas katilnya yang empuk itu.
"Kenapalah aku kekok sangat depan mamat tu,dia bukannya orang lain abang kawan aku juga,jiran aku juga"Marina berbisik sendiri di dalam hatinya.Marah dan malu bercampur baur di dalam hatinya.
Dia terus mencapai komputer ribanya lalu melayari internet.www.habbo.com menjadi pilihannya untuk menenangkan fikiran.Laman web untuk berhubung dengan orang di serata dunia.Oleh kerana laman web ini ialah laman web antarabangsa,terpaksalah Marina bertegur sapa di dalam bahasa inggeris.
Tiba-tiba seorang lelaki menegurnya:
Mr.Recipe:Hi
bersambung...



Seorang lelaki menegurnya.

Kekeliruan Cinta(episod 6)

Monday, June 1, 2009

mimpi

aq dulu duduk kat Johor.So,kekadang rindu la gak kat kawan2.Lagi pon boygriend pon tggl kat sana.I mean ex-boyfriend.Hari 2,aq mimpi pasal my ex.ya allah,teruk btol mimpi tu.Aq mimpi die sklh kt sklh yg aq sklh skrg ni.Rasa happy gilerrr,tapi perangai die dh berubah.Die jadi gatal and miang.X beradab plak tu.Takut aq.Lps 2 org sumer kate yg die tu x handsome.So,dlm mimpi tu aq made keputusan,aq nk brek up.Aq gi cakap ngan die aq nk break up.Then,Die cumer kate ok lps 2 trus bla.Sebagai perempuan,aq pon ade hati ok.Tapi,kenapa Tuhan bg aq mimpi tu ah???Any idea???