ainsufi97.blogspot.com

Friday, May 8, 2009

"Aduh,macam manalah aku boleh lupa tentang mesyuarat Papa.Ini mesti sebab aku cemburu tidak tentu fasal tadi.Teruk betul aku ini,dah tahu kawan-kawan sendiri dah ada buah hati sendiri,aku nak cemburu tak tentu fasal.Sekarang bas pun dah terlepas,kalau bas itu datang lagi pun,pukul 3.00 petang.Hesh,kena pergi jumpa Aina,tak boleh jadi macam ini,"Marina mengomel sendirian.Mujurlah ahli kumpulan FFA yang sedang sibuk bergosip di situ tidak sedar akan perbuatannya yang sedang bercakap sendirian,kalaulah mereka nampak,tentu Marina akan di cap sebagai orang gila.Selisih,selisih...
Marina pun membuka langkahnya menuju ke sekolah.Marina berlagak tenang,sedangkan jauh sekali di lubuk hatinya,dia agak marah dengan sikap kawan-kawannya yang lain yang tidak menjemputnya untuk datang berborak bersama-sama.Lebih-lebih lagi buah hatinya,Amir ada di situ.Sakit betul hatinya,bukan setakat bernanah.Berdarah,lebam pecah,hancur lebur hatinya.Nasib baik Marina seorang yang penyabar,kalau tudak,hancurlah segala persahabatan mereka yang di bina sejak tahun 2004 lagi.Sedar tak sedar mereka akan terpisah buat beberapa minggu sahaja lagi. Sedang sibuk teringatkan persahabatan dan memori-memori manis di antara mereka,luka di hatinya sudah pun pulih.
bersambung....
p/s:bye bye ada sedara nak datang sorry....

No comments:

Post a Comment