ainsufi97.blogspot.com

Friday, May 15, 2009

Kekeliruan Cinta(episod 4)

"Marina!"langkah Marina terhenti apabila terdengar suara yang tidak lagi asing bagi dirinya.Marina melemparkan pandangannya di tingkat dua,blok C.Memang tidak syak lagi,suara tersebut ialah suara Aina.Kawannya yang boleh dijadikan dram itu.
Kepala Aina memang selalu dijadikan dram,pemainnya pula ialah Marina.Aina tidak kisah akan perbuatan rakan-rakannya yang suka bergurau.Walaubagaimanapun,apabila melibatkan aurat,Aina cepat sensitif.Keluarganya sangat menitikberatkan tentang agama.
"Kemain lagi kau tersenyum seorang diri di sini.Kau terfikirkan tentang apa?Aku rasa aku tahu kau sedang fikirkan tentang apa sebentar tadi.Tentu tentang Amir bukan?"tadi Jiji,sekarang Aina pula yang bergurau senda.
"Bukanlah.Aku fikir tentang parti yang akan diadakan di rumah aku nanti"Marina menipu Aina kerana takut digelar emosional.Aina mengangkat keningnya ala-ala The Rock.Dia sudah masak dengan perangai Marina.Dia tahu suara,wajah dan bahasa badannya apabila Marina menipu.
"Marina tak baik tipu orang tahu?"kantoi...Pecah lubang rahsia Marina.Sesungguhnya Aina ialah seorang pakar psikolagi,dia amat pandai membaca fikiran orang,tidak ubah seperti kaunselor sekolah mereka,Puan Nor Latifah,atau lebih dikenali sebagai Ummi.
Marina membisu.Dia masih merahsiakan apa yang difikirkannya sebentar tadi.Dia membuka tajuk perbualan yang lain.
"Aina,pagi tadi ayah aku pergi ke Bandar Baru Bangi.Jadi,ayah aku tidak dapat menjemput aku pulang ke rumah.Ayah aku menyuruh aku menaiki bas Rapid KL.Malangnya,aku sudah terlepas bas tersebut,"rasa simpati terhadap Marina sudah memutik di dalam hati Aina.Aina seorang yang lembut hati.Tetapi,pada perempuan sahaja.
Terkena virus H1 N1lah jawabnya jika Aina berbaik dengan lelaki di Kuala Lumpur.Lelaki yang Aina hormati ialah lelaki yang bijak,kacak,aktif,rendah diri,prihatin,pembersih dan tidak lupa juga alim.Ketujuh-tujuh sifat ini dimiliki oleh seorang jejaka yang bernama Adam yang telah berjaya mencuri hatinya.Pada masa yang sama Aina juga telah memikat hati Adam yang juga kawan baiknya sendiri.Mujurlah,adam bukan jenis orang yang suka bermanis mulut.Geli-geliman rasanya jika kawan baik sendiri bermanis mulut.Malangnya,Adam tinggal di Johor.Aina pula jauh ke Kuala Lumpur.Oleh itu,secara tidak rasmi percintaan mereka yang baru dipupuk akhirna terputus.
Bersambung...

No comments:

Post a Comment