ainsufi97.blogspot.com

Friday, May 1, 2009

kekeliruan cinta

"Kring!!!,"loceng tanda tamatnya waktu persekolahan telah berbunyi.Loceng yang amat bermakna buat semua murid tahun enam Sekolah Sri Wilma.Mereka telah pun selesai mendidih otak mereka selama sembilan bulan.Akhirnya peperiksaan UPSR telah mereka tempuhi dengan selamat.Apa yang menbayangi fikiran mereka ialah keputusan peperikasaan UPSR.
Begitu juga fikiran Marina.Buat masa ini biarlah dia bebas.Dia ingin membuat parti sempena pertempuhan besar mereka.Walaupun belum tahu keputusan pertempuhan mereka,Marina beranggapan lebih baik jika dia mengadakan parti tersebut sebelum keputusan sampai.Jika tidak peroleh 5A,pasti tiada mood untuk mengadakan parti.
Dia hanya menjemput Aina,Kiki,Jiji,Sally dan Izy.Inilah rakan baiknya.Semuanya popular kerana mereka semua peramah,cool,aktif,baik dan cantik.Mereka semua tidaklah segedik kumpulan FFA.Keenam-enam perempuan popular ini dikenali sebagai CPE.(Coolest Persons Ever)Atas kriteria mereka yang bukan 'plastik',mereka menjadi perempuan idaman Sekolah Sri Wilma.Kumpulan popular tentulah berkawan dengan jejaka idaman Sekolah Sri Wilma.
Jejakanya ialah Amir,Yaqub,Sham dan Riz.Mereka yang kacak,macho dan jujur ini juga dijemput untuk hadir ke parti terututup di rumah Marina.
"Yey,dah merdeka!!!"
"Oh,mak kau!Kau kalau tak teperanjatkan aku memang tak sah," Marinah mula membebel kepada Jiji.Memeranjatkan Marina memang menjadi hobi Jiji.Marina pula pantang diperanjatkan.Mujurlah dia tiada serangan jantung.
"I'm sorry.Bertenanglah,aku terlalu gembira sekarang.Dah lama aku tidak gembira macam ini,selama ini,masa aku terluang dengan membaca buku sahaja.Kadang-kadang nak isi perut pun tidak ada masa.Sekarang,aku nak bergembira sepuas-puasnya,"luahan hati Jiji membuatkan Marina teringat tentang parti yang akan diadakan.
"Kalau kau nak sangat bergembira,datanglah ke rumah aku hari Sabtu ini.Makanan dijamin sedap dan bersih.Antara upacara yang diadakan ialah Explorace,"Marina melaporkan sedikit sebanyak tentang parti yang diadakan bagai pemberita.Dia sengaja menyebut terntang permainan Explorace kerana Jiji suka akan permainan ekstrem.Jiji pun mengangguk penuh bersemangat.Di dalam hati dan fikirannya ada sesuatu yang akan dia lakukan ketika parti tersebut.Dia yakin kelakuannya akan membawa kebahagiaan kepada Marina.

bersambumg....

No comments:

Post a Comment