ainsufi97.blogspot.com

Tuesday, October 13, 2009

Kekeliruan cinta(x tau la dh episod brp)lol

Marina dan Jiji berjalan bersama-sama di tangga blok Maju arah Selatan bersama-sama.Rancak sungguh mereka berbual.Biasalah,bila Marina dan Jiji bersama memang sukar untuk menghentikan mereka bercakap,tidak kiralah hal yang dibincangkan penting atau tidak.Hakikatnya merka memang tidak boleh berhenti bercakap sehinggalah bau minyak wangi Amir menusuk ke hidung Marina.
"Hmmm,apalah agaknya rasa bila dah ada teman lelakikan Marina?"Jiji sungguh pelik kerana pertanyaannya langsung tidak dijawab.Jiji menolehkan kepalanya ke kiri dan kanan,ke depan dan ke belakang,ke Utara,ke Selatan ,ke Timur dan ke Barat,langsung tiada kelibat Amir."Marina,oh Marina,kau dengar tak aku tengah tanya kau ni.Kau fikir fasal apa?Aku tak nampak pun Amir,kenapa kau diam?Marina!"
"Apa?Apa kau cakap tadi?Aku tak dengar,"Marina terjaga dari lamunannya kerana terkejut.
"Tak dengar ke tak fokus.Termenung jauh aje aku tengok kau.Kau fikir fasal apa?Cuba bagitahu aku,"Jiji sudah cuba mengorek rahsia.Bukan kerana apa-apa pun,dia cuma risau akan Marina yang sejak pagi tadi mengelamun.Jiji cukup risau melihat kawan-kawannya dalam kesusahan.Sebenarnya Jiji seorang yang sangat mengambil berat tentang rakan-rakannya.Masalah kecil pun,dia nak selesaikan juga.Jiji ini,macam orang tak pernah ada masalah,sebab dia pandai mengawal emosi dan fikirannya,Jiji sentiasa bersikap positif.
Tetapi,Jiji bukan sorang yang begitu ketika suatu masa dahulu.Dia seorang yang tidak rasional dan sentiasa bertindak tanpa berfikir.Dia pernah memberikan sekeping fotonya yang amat memalukan kepada ahli kumpulan FFA.Kemudian,Ahli kumpulan FFA menyebarkan gambarnya hampir kepada seluruh murid-murid Sekolah Kebangsaan Sri Wilma.Terasa malu dan geram.Tetapi setelah mendapat sokongan daripada sahabat-sahabat dan guru kaunseling sekolah,dia kembali bangkit.Bukan setankat bangkit,malah berubah kepada seseorang yang sangat positif dan sentiasa berhati-hati.Cukuplah sekali dia dimalukan.Sejak Jiji berubah,tiada seorang pun murid Sekolah Kebangsaan Sri Wilma yang mentertawakan dirinya.Sehingga kini, dia masih dihormati dan disegani.Akhirnya ahli kumpulan FFa juga yang bengang separuh mati.(GELAK LAH....)
"Okey,kalau aku beritahu pada kau apa yang sedang aku fikirkan tadi,kau jangan beritahu sesiapa pun,"sebenarnya Marina tahu Jiji boleh menyimpan rahsia sejak kejadian yang telah berlaku kepada Jiji."Semalam,aku berbual dengan seorang lelaki dari Bangi dalam Habbo.Aku tak tahulah kenapa,tapi aku rasa seperti aku suka akan dia.Dia minta aku jadi teman wanita dia,jadi aku telefon Aina.Dia dah beritahu tip-tip yang berguna kepada aku,jadi aku setujulah nak jadi teman wanita lelaki tu,"Marina menjelaskan dengan seringkas-ringkas yang mampu kepada Jiji.
"Apa?Kau dah hilang akal ke?Amir kau nak sumbat mana?"Jiji begitu terjejut dengan apa yang dia sedang dengar.Dia seakan-akan tidak dapat mempercayai telinganya sendiri.
"Itulah sebabnya aku termenung,cerdik!"mArina mula menunjukkan wajah kerisauannya.
"Tapi,aku rasa kau tak perlu risau sebab kau dah diberi nasihat yang bernas daripada pakar cinta,jadi kau tak perlu terlalu runsing,"Jiji memberi kata-kata semangat kepada Marina.Dia tahu Marina masih mentah,sama seperti dia,sama juga sepeti Aina.
Tetapi,Aina sudah mempunyai banyak pengalaman.Bukan pengalaman daripada dirinya sendiri,tetapi daripada pengalaman kakaknya bercinta.Macam-macam cara yang kakaknya lakukan hanya kerana cinta.Jadi,Aina tahu cara apa yang terbaik.Tetapi,Aina juga pernah bercinta.Bercinta di alam maya,sama seperti Marina.Masalah percintaannya dapat dia selesaikan dengan mudah.Sebenarnya,Aina juga pernah bercinta di alam realiti.Jadi, banyaklah juga pengalaman bagi dirinya.Bagi dirinya,cinta internet adalah mudah dan cinta realiti agak rumit.Walaubagaimanapun,prinsip cintanya hanya satu.Prinsipnya ialah cinta dan cinta sejati terlalu berbeza.Cinta ialah permainan,tetapi cinta sejati ialah jodoh dari Allah dan tidak dapat dipisahkan.Ada bezakan?

Bersambung...komenlah fasal pebezaan cinta dan cinta sejati.x pun,bagitau la apa prinsip cinta korang.kalau x de pon,komen la ape2 ye.

No comments:

Post a Comment